Khamis, 9 Oktober 2025
KOLEJ VOKASIONAL KAJANG : MELAHIRKAN TENAGA MAHIR BERDAYA SAING
Dalam era globalisasi dan perkembangan pesat teknologi industri , permintaan terhadap tenaga kerja mahir semakin meningkat. Menyedari hakikat ini, Kolej Vokasional Kajang (KV Kajang) memainkan peranan penting dalam menyediakan pendidikan teknikal dan vokasional yang relevan dan berkualiti tinggi bagi melahirkan graduan yang kompeten dan berdaya saing . Kolej Vokasional Kajang menawarkan pelbagai kusus kemahiran seperti Teknologi Auto , Penyejukan dan Penyamanan Udara , Perakaunan , Pengurusan Perniagaan dan Kursus Mcdonald (SLDN) . Kursus kursus ini membolehkan pelajar memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Vokasiona Malaysia (DVM) .
KV Kajang dilengkapi dengan kemudahan seperti bengkel teknikal , makmal komputer , asrama dan kemudahan sukan . Pendekatan pembelajarannya berasaskan industri , di mana pelajar menjalani latihan amali dan latihan industri sebenar . Kejayaan pelajar KV Kajang diiktiraf melalui penyertaan dalam pelbagai pertandingan seperti Kangaroo Math Competition dan pertandingan inovasi TVET yang menjadi bukti bahawa pelajar kolej vokasional ini juga mampu bersaing di peringkat kebangsaan dan antarabangsa .
Selain memberikan tumpuan kepada pembangunan akademik dan kemahiran, KV Kajang juga aktif dalam membina kempipinan dan jati diri pelajar menerusi aktiviti kokurikulum seperti unit beruniform , kelab akademik dan program berkhidmat masyarakat .
Secara keseluruhannya , Kolej Vokasional Kajang terus komited dalam usaha
melahirkan generasi muda yang berkemahiran tinggi dan berdaya saing untuk
memenuhi keperluan pasaran kerja masa kini . Dengan sokongan daripada
pihak kerajaan , tenaga pengajar yang berdedikasi dan hubungan sihat
industri , KV Kajang kekal sebagai industri pendidikan vokasional terbaik di
Malaysia .
Tentang Kami
Blog ini diwujudkan sebagai sebahagian daripada tugasan promosi pendidikan TVET Kolej Vokasional Kajang. Semua maklumat dalam blog ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada pelajar, ibu bapa, dan masyarakat mengenai kelebihan TVET di KV Kajang.
Kami adalah sekumpulan pelajar dari Unit Perhubungan Awam Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Kajang yang berkomited untuk memperkenalkan dan menghebahkan informasi berkaitan dengan program dan aktiviti yang ditawarkan di kolej ini. Dengan ini, kami berharap dapat membantu memberi pendedahan yang lebih meluas tentang peluang pendidikan yang ditawarkan oleh TVET dan Kolej Vokasional Kajang.
Nama-nama Kami:
* Muhammad Aizat Amsyar
* Hazeem Fakrullah
* Shaimeer Khailrizky
* Ammar Hazreeq Hakimi
MASA DEPAN NEGARA MALAYSIA BERPEGANG DI DALAM TANGAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL KAJANG
Kolej Vokasional Kajang (KV Kajang) adalah sebuah institusi yang melangkaui fungsi tempat belajar.
Kolej Vokasional Kajang merupakan platform utama yang hangat untuk membentuk masadepan. Pelajar di sini dididik melalui gabungan yang seimbang antara ilmu teori dan kemahiran praktikal. Penekanan diberikan kepada pembelajar secara “hands-on” yang dijalankan di bengkel dan makmal serba lengkap yang disediakan untuk pelajar-pelajar. Ini memastikan setiap pelajar bukan sahaja memahami konsep kemahiran yang dipelajarnya, tetapi juga mahir untuk mengaplikasikanya di dalam situasi harian.
Graduan KV Kajang bukan sahaja bersedia untuk memasuki pasaran kerja, malah berpotensi menjadi tenaga kerja yang berdaya saing bagi memenuhi tuntutan industri moden pada masa
ini.
Menerusi bidang yang ditawarkan seperti pengurusan perniagaan, perakaunan, mekanikal automotif, serta penyejukan dan penyamanan udara, setiap pelajar dibentuk menjadi tenaga muda yang berkualiti, kreatif, dan inovatif. Majikan kini memerlukan pekerja yang memiliki kemahiran tinggi dan bersedia untuk memulakan tugas dengan segera (job-ready), iaitu ciri-ciri yang ditawarkan oleh pelajar Kolej Vokasional Kajang.
Oleh itu, bagi sesiapa yang berhasrat menjadi sebahagian daripada tenaga kerja yang bakal memacu kemajuan Malaysia, inilah tempat yang sesuai. Kolej Vokasional Kajang bertekad melahirkan pelajar yang cemerlang, pekerja yang berkemahiran, dan pemimpin masa depan
negara
