Khamis, 9 Oktober 2025

MASA DEPAN NEGARA MALAYSIA BERPEGANG DI DALAM TANGAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL KAJANG


     Kolej Vokasional Kajang (KV Kajang) adalah sebuah institusi yang melangkaui fungsi tempat belajar. 


    Kolej Vokasional Kajang merupakan platform utama yang hangat untuk membentuk masadepan. Pelajar di sini dididik melalui gabungan yang seimbang antara ilmu teori dan kemahiran praktikal. Penekanan diberikan kepada pembelajar secara “hands-on” yang dijalankan di bengkel dan makmal serba lengkap yang disediakan untuk pelajar-pelajar. Ini memastikan setiap pelajar bukan sahaja memahami konsep kemahiran yang dipelajarnya, tetapi juga mahir untuk mengaplikasikanya di dalam situasi harian.


    Graduan KV Kajang bukan sahaja bersedia untuk memasuki pasaran kerja, malah berpotensi menjadi tenaga kerja yang berdaya saing bagi memenuhi tuntutan industri moden pada masa 

ini.


    Menerusi bidang yang ditawarkan seperti pengurusan perniagaan, perakaunan, mekanikal automotif, serta penyejukan dan penyamanan udara, setiap pelajar dibentuk menjadi tenaga muda yang berkualiti, kreatif, dan inovatif. Majikan kini memerlukan pekerja yang memiliki kemahiran tinggi dan bersedia untuk memulakan tugas dengan segera (job-ready), iaitu ciri-ciri yang ditawarkan oleh pelajar Kolej Vokasional Kajang.


    Oleh itu, bagi sesiapa yang berhasrat menjadi sebahagian daripada tenaga kerja yang bakal memacu kemajuan Malaysia, inilah tempat yang sesuai. Kolej Vokasional Kajang bertekad melahirkan pelajar yang cemerlang, pekerja yang berkemahiran, dan pemimpin masa depan

negara


Tiada ulasan:

Catat Ulasan