Khamis, 9 Oktober 2025

KOLEJ VOKASIONAL KAJANG : MELAHIRKAN TENAGA MAHIR BERDAYA SAING

 





    Dalam era globalisasi dan perkembangan pesat teknologi industri , permintaan terhadap tenaga kerja mahir semakin meningkat. Menyedari hakikat ini, Kolej Vokasional Kajang (KV Kajang) memainkan peranan penting dalam menyediakan pendidikan teknikal dan vokasional yang relevan dan berkualiti tinggi bagi melahirkan graduan yang kompeten dan berdaya saing . Kolej Vokasional Kajang menawarkan pelbagai kusus kemahiran seperti Teknologi Auto , Penyejukan dan Penyamanan Udara , Perakaunan , Pengurusan Perniagaan dan Kursus Mcdonald (SLDN) . Kursus kursus ini membolehkan pelajar memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Vokasiona Malaysia (DVM) . 

    KV Kajang dilengkapi dengan kemudahan seperti bengkel teknikal , makmal komputer , asrama dan kemudahan sukan . Pendekatan pembelajarannya berasaskan industri , di mana pelajar menjalani latihan amali dan latihan industri sebenar . Kejayaan pelajar KV Kajang diiktiraf melalui penyertaan dalam pelbagai pertandingan seperti Kangaroo Math Competition dan pertandingan inovasi TVET yang menjadi bukti bahawa pelajar kolej vokasional ini juga mampu bersaing di peringkat kebangsaan dan antarabangsa . 

    Selain memberikan tumpuan kepada pembangunan akademik dan kemahiran, KV Kajang juga aktif dalam membina kempipinan dan jati diri pelajar menerusi aktiviti kokurikulum seperti unit beruniform , kelab akademik dan program berkhidmat masyarakat . 


    Secara keseluruhannya , Kolej Vokasional Kajang terus komited dalam usaha melahirkan generasi muda yang berkemahiran tinggi dan berdaya saing untuk memenuhi keperluan pasaran kerja masa kini . Dengan sokongan daripada pihak kerajaan , tenaga pengajar yang berdedikasi dan hubungan sihat industri , KV Kajang kekal sebagai industri pendidikan vokasional terbaik di Malaysia .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan